Selamat tahun baru 2009 kepada semua semoga tahun ini lebih bagus dari sebelumnyer.
Pengajar Baru
diucapkan selamat datang kpd tenaga pengajar baru jurusan penjaga jentera elektrik iaitu En.Mohd Nasir bin Bakhir...kali ni kurang laaa sket kerja untuk si KJ...Remy. Haha aku lak..awal2 dah "regging" beliau...apa lagi..suruh si nasir masuk kelas lerr...mgajar..! "aku nevess laa jang.." alaaa....ko goreng jerr ngan student tu nasir...ko citer laa pgalaman ko...tak pon ko kenalkan diri ngan diorang dulu buat ilang nevess ko tuu..lame2 ilang laa debar hati ko tuu...huhu ingat senang ker weyyy nak jadi pengajar..ilmu kena aderr (ilmu mgoreng) pgalaman dah tentu.. So diucapkan slmat datang dan slmt btugas kpd nasir..berbanggalah kiter mjadi warga...IKBNDT
Sangattt sibukkkkk....arghhhh...!!
Arrghhh.. :#!! alamak...dah naik kulat blog aktiviti kejuruteraan elektrik ni...haha maklum laa sibuk rrr....ermm...nmpk nyer post bulan 11 & 12 den x update..what ever terpakse lerr bgtau secara ringkas ape yg berlaku pada bulan tu....ok.
Aktiviti BULAN NOVEMBER 2008
1) huh...bnyk gak yg x ingat aper aktiviti kat kjuruteraan elektrik ni...Oh yerr..!! Peperiksaan Penjaga Jentera Elektrik kategori AO dan A1 dari SuruhanJaya Tenaga kawasan tengah telah dijalankan di IKBN DT... erm...ader 2 & 3 otai ST turun kat sini..like (Pn.Kartini & Rehan ST kaw tengah).. Hj yasni ST utara...dan sorang lagi si Mohd Nor..(bkan name sbenar...just pggl gitu2 jerk) ST kaw Selatan..IR Cheah just wat lawatan jerk...bagi kategori Pendawai ngan Chargeman A4...dijalankan kat ADTEC S.Alam..
2) Lagi Group Dari Team Petronas..
yup....kali ni group yang ke-3 datang berkursus kat IKBN...erm hampir 30 orang..semua dari seluruh cawangan di M'sia..they all amik kursus talian atas voltan rendah...pasal gambar diorang nanti den post kat galeri...bleh laa tengok...buat mase skrg ni...sibuk rrr x der mase nak upload pic diorang.. :f (",)
Aktiviti BULAN DISEMBER 2008
haha...kalu dah ujung tahun..aper lagi...Exam Institut rr... bagi jurusan elektrik iaitu Sem 1, 2 dan 4...exam dh dijalankan untuk CGPA...bagi Exam wireman dan Chargeman..minggu ni dah bermula...16 - 20 bagi kategori wireman PW2 & PW4...perghh...ramai yang kena jaga exam mcm si Azlee ngan Muhrif (IKBN kinarut, Sabah)..Alim ngan Remy (IKBN A.Gajah)..Fauzi ngan Sopi (IKBN B.Mertajam) Muhrim (KKBN Pontian).. Zul (IKBN Wakaf Tapai Trg)..ni baru kategori Pendawai..
Ko lak jang...?? aku...?? minggu depan rrr...jaga exam IKBN A.Gajah bagi kategori Chargeman A1..dari 22hb - 27hb...muhrim ngan sopi (IKBN B.Mertajam)..Muhrif still kat kinarut ngan Norizam., :)
gadis elektrik...gadis elektrik......??? apsal awek elektrik?
Low Voltage Overhead line couse for Team Petronas
Posting aktiviti kejuruteraan elektrik kali ini berkisarkan tentang kursus yg dijalankan di IKBN dusun tua...baru2 ini iaitu pada 13 oktober yg lalu pihak institut telah menjalankan kursus Talian Atas Voltan Rendah dengan kerjasama pihak Petronas selama 2 minggu berakhir 25 oktober. Sebelum ini kursus ini telah dijalankan pada bulan Ogos yg lalu..dan ini adalah kumpulan ke-2. Seramai 22 peserta petronas dari seluruh cawangan Malaysia telah mengikuti kursus ini dengan jayanya....tahniah..! untuk lihat gambar...klik galeri.
KURSUS JANGKA PENDEK DAN HUJUNG MINGGU....klik disini..
..--.." "sELamaT HaRi rAyA" "..--..
kursus
DUSUN TUA HULU LANGAT SELANGOR
(KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN)
- -Menyediakan latihan teori dan amali.
- -Menduduki peperiksaan Penjaga Jentera
Elektrik A1 & AO.
- -SESI 1 : Januari - Jun
- -SESI 2 :Julai - Disember
Jadual Latihan :
- -Selasa & Khamis : 6.30pm - 11.00pm
- -Sabtu : 2.30pm - 6.30pm
- -Ahad : 9.00am - 6.00pm
- Tamat tingkatan 5.
- Pengalaman minima 3 tahun bekerja tetap dengan pengendalian radas-radas di sistem pemasangan elektrik 3 fasa, 415V.
- Pengalaman minima 1 tahun bekerja tetap berkaitan talian aerial voltan rendah bagi mengikuti kursus Penjaga Jentera Elektrik A1, ATAU.
- Sijil MLVK Pertengahan / Tahap 2 / Politeknik / PW1 dan berpengalaman 2 tahun bekerja tetap dengan pengendalian radas-radas elektrik 3 fasa, dan.
- Memiliki buku log yang dikemaskini dengan pengalaman baru.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
# KURSUS PENDAWAIAN ELEKTRIK PW4 & PW2 #
- -Menyediakan latihan teori dan amali.
- -Menduduki peperiksaan Pendawaian
Elektrik PW4 & PW2.
- -SESI 1 : Januari - Jun
- -SESI 2 : Julai - Disember
Jadual Latihan :
- -Selasa & Khamis : 6.30pm - 11.00pm
- -Sabtu : 2.30pm - 6.30pm
- -Ahad : 9.00am - 6.00pm
- Tamat tingkatan 5.
- Memiliki sijil kekompetenan PW 1 / 2 dan berdaftar dengan SuruhanJaya Tenaga dan 1 tahun pengalaman dari tarikh sijil dikeluarkan dengan kontraktor berdaftar atau agensi kerajaan bagi mengikuti kursus PW4.
- Mempunyai pengalaman minima 1 tahun bekerja dengan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan SuruhanJaya Tenaga bagi mengikuti kursus PW2.
- Memiliki buku log yang dikemaskini dengan pengalaman baru.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
- -Sijil kursus Talian Aerial Voltan Rendah akan dianugerahkan kepada yang LULUS dengan jayanya.
- -Dikecualikan dari menduduki amali talian aerial peperiksaan bagi A1/ A4-1/ A4.
- Akan menduduki peperiksaan Penjaga Jentera Elektrik dengan SuruhanJaya Tenaga.
- Memiliki buku log yang dikemaskini dengan pengalaman baru.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
# KAWALAN MOTOR ARUHAN 3 Hp hingga 10 Hp #
- Peserta akan didedahkan dengan teori, peralatan kawalan motor dan amali pendawaian motor yang bersesuaian.
- Kursus ini sesuai untuk peserta yang masih baru dan ingin mengenali dengan lebih dekat peralatan dan kawalan motor elektrik. Dan juga sesuai bagi mereka yang ingin membuat persediaan dan ulangkaji untuk peperiksaan kekompetenan dari SuruhanJaya Tenaga.
# KENDALIAN PAPAN SUIS VOLTAN RENDAH #
- Peserta akan didedahkan dengan teori, peralatan papan suis dan amali kendalian serta kaedah pengawalan pengsuisan papan suis.
- Kursus ini bersesuaian untuk peserta yang telah bekerja dengan persekitaran atau tugasan penjaga jentera elektrik di industri. Dan juga sesuai bagi mereka yang ingin membuat persediaan dan ulangkaji untuk peperiksaan kekompetenan dari SuruhanJaya Tenaga sebagai penjaga jentera.
NORIEZAM BIN OMAR 0133592413
&
MUHRIM BIN ZAINOL 0173721171